J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

27.10.19

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya | Assalamualaikum semua.. Jujur sis cakap sis tak pernah rasa bagai nak gila bila shopping. Tapi bila masuk ke kedai barangan pre-loved Jepun sis boleh jadi giler tau. Mana taknya, kebanyakan barangan yang dijual walaupun telah digunapakai tapi masih dalam kualiti yang superb dan yang paling sis suka sebab harga dia.. memang tak masuk akal weiii.. So, tak payah nak susah-susah ke Jepun kannnn..

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

Ok, sis nak kongsikan dengan korang satu kedai barangan pre-loved Jepun yang baru dibuka iaitu J-Hunt The Mottainai Store yang kini dibuka dengan rasminya di Aeon Big Subang Jaya pada 25 Oktober 2019. Apa yang menariknya J-Hunt bukan sahaja menjual barangan pre-loved malah turut menjual barangan baru, barangan premium dan juga koleksi-koleksi terhad yang pastinya ada peminat tersendiri.

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

Sis rasa bertuah sangat kerana terpilih sebagai salah seorang pelanggan yang pertama untuk merasai sendiri pengalaman shopping di J-Hunt The Mottainai Store. Tapi sebelum shopping tu harusla kita dengar serba sedikit mengenai J-Hunt kan. Kami diberitahu yang maksud "Mottainai" tu adalah "To have respect for the resources, not to waste them, and to use them with a sense of gratitude". J-Hunt juga menggunakan konsep 3R iaitu 'Reduce, Reuse, Recycle". Tapi mereka juga turut menambah satu lagi R iaitu 'Respect". Maknanya walaupun mereka mengumpul barangan terpakai tetapi mereka akan membersihkan dan membaikpulih apa yang patut untuk menjadikan barangan tersebut bernilai semula.

Antara kategori barangan yang dijual di J-Hunt The Mottainai Store adalah :

❤ Apparels
❤ Bags
❤ Hobbies
❤ Infants
❤ Musical Instruments
❤ Shoes
❤ Sports
❤ Tablewares
❤ Toys
❤ Watches

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

Bila melangkah masuk dalam kedai, kelihatan banyak barangan antik Jepun yang unik macam topi samurai, kotak-kotak antik, barangan tembikar dan juga replika samurai yang pastinya membuatkan mata kita terpukau. Rupanya di bahagian ni dipanggil Vintage Lane. Kesemua barangan yang dipamerkan di Vintage Lane ni dibawa khas dari Tokugawa Shogunate pada era Edo (1600-1868) dan melambangkan tradisi masyarakat Jepun ketika itu. Wow, bertuah rasanya dapat tengok depan mata.

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

Tapi sebagai seorang wanita yang normal, sis tak lama di bahagian barangan antik ni sebab dalam hati dah membuak-buak nak tengok bahagian pakaian, kasut dan beg. Biasa la perempuan kan. hehe... Tambah pula tengok kengkawan yang lain dah mula serbu bahagian wanita. Tak boleh jadi ni. Sis pun apa lagi, sama-sama membelek jugak la pakaian yang ada. Fuhh, terperanjat sis tengok bila nampak ada pakaian yang dijual di J-Hunt The Mottainai Store ni dengan harga serendah RM1 sahaja. Tak percaya??? ya, mula-mula sis pun tak percaya tapi bila dah selak-selak dan jumpa sendiri baju harga RM1 dengan kualiti yang bagus macam baru terus sis jadi bersemangat nak membelek satu persatu baju yang ada.

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

Dah setel bahagian baju, sis beralih pula ke bahagian beg. Ha, sekali lagi sis bagai dirasuk bila tengok semua beg yang dipamerkan. Banyak sangat pilihan design dan warna. Rambang mata dibuatnya. Walaupun pre-loved tapi masih dalam keadaan baik dan cantik. Untuk beg paling murah yang sis jumpa harga serendah RM10. Tak pasti la ada lagi harga yang lebih rendah atau tak tapi tu la ikut nasib kan. Belek punya belek akhirnya sis jumpa beg yang berkenan. Walaupun harga RM30 tapi sis suka beg tu sebab ringan dan material dia lembut. So, takde la rasa berat walaupun dah isi banyak barang. Lagi satu sis jumpa beg mengkuang yang comel. Apalagi, tanpa pikir panjang terus grab juga.

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

Ok, now sis beralih pula bahagian kasut. Hajat hati nak tengok juga kot-kot ada kasut boot kan sebab orang Jepun ni suka pakai boot. Tapi bila cuba ala kecil la pulak. Cuba juga beberapa kasut yang lain tapi masih tak muat. Alaaa, lupa pula orang Jepun ni kaki kecil-kecil belaka. So, nampaknya takde rezeki nak beli kasut. Ha, kalau korang jenis kaki saiz kecil banyak je pilihan yang ada. Semua kasut masih dalam keadaan elok dan bersih.

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

Masa duk belek-belek beg, sis dengar ada orang bagitahu yang koleksi anak patung pun murah juga. Tambahan pula anak patung yang dijual adalah watak-watak kartun yang popular seperti doraemon, pokemon, mickey mouse dan banyak lagi. Apa lagi, sis pun terus la grab seekor mickey mouse yang agak besar juga saiznya tapi harga cuma RM15 je. Haisshhh, murah kan. Selalu kalau anak patung watak kartun popular ni mesti mahal kan. Tak sangka kat J-Hunt The Mottainai Store ni murah je. Nanti nak cari lagi la untuk anak buah pulak. Mesti diorang suka.

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

Tanpa sedar rupanya sis dah duduk dalam J-Hunt The Mottainai Store 3 jam dah. Tu pun rasa tak puas hati lagi. Rasa macam banyak lagi bahagian tak pergi usha seperti bahagian jam, perkakasan dapur, alatan sukan, gadjet serta koleksi-koleksi barangan seperti patung anime. Nampaknya macam kena datang je lagi. Mujur la dekat. Lagipun staff kat sini bagitahu yang mereka akan top-up barangan setiap hari bagi setiap kategori. Jadi kalau datang next time pasti ada barang baru yang akan ada di rak.

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

So kalau korang ada masa, jom la ramai-ramai datang ke J-Hunt The Mottainai Store. Sis pasti korang akan rambang mata dengan pilihan yang ada. Setiap barangan yang dijual adalah berkualiti dan masih dalam keadaan baik malah harga juga berpatutan. Jangan risau kalau tak cukup cash in hand kerana di J-Hunt The Mottainai Store mereka menerima bayaran melalui credit card, debit card, dan juga e-wallet seperti GrabPay, Boost, ALIPAY, WeChat Pay, ipay88, Touch n Go eWallet, mcash dan UnionPay. So, jom shopping di J-Hunt The Mottainai Store di Aeon Big, Subang Jaya.

J-Hunt The Mottainai Store Kini Dibuka Di Subang Jaya

Alamat:
J-HUNT MONTTAINAI STORE
Level 2,
AEON Big Subang Jaya,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Telefon:
0102026273





You Might Also Like

3 Comments

  1. Wah, menarik sangat ni. Nak ajak husband ke sini la. Haha. Thanks for sharing sis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sis.. mau 3-4 jam dalam tu.. hehe.. selamat bershopping tau

      Delete
  2. best ni !! dekat dengan rumah saya plak tu.. hee~ wajib singgah !!

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *