Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik

Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik | Assalamualaikum semua.. Sebagai seorang blogger sis ada bermacam-macam jenis gadjet seperti telefon mudah alih, action camera, mirrorless camera, DSLR dan juga stabilizer. Ha, bila nak pergi event atau travel mula la pening nak angkut semua. Kalau time packing tu memang kena packing betul-betul takut ada yang tertinggal especially kabel dengan charger. Siap ada bagpack khas tau. Tapi alangkah bestya kalau ada satu telefon yang mempunyai kualiti gambar seperti DSLR. Tak payah susah payah dah nak angkut semua gadget kan.

Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, terbaru Vivo Malaysia telah melancarkan Vivo NEX 3 iaitu telefon mudah alih premium yang terbaik. Kenapa sis kata terbaik sebab ia mempunyai semua ciri yang diperlukan dan yang penting mempunyai kamera yang sangat power. Inovasi yang ditonjolkan oleh Vivo ini mampu membuatkan penggunanya merasai pengalaman telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi.

Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik

Macam biasa la, kalau ada telefon baru dilancarkan mesti semua nak tahu kelebihannya kan. Ha, meh sis kongsikan spesifikasi Vivo NEX 3 ni :

Reka Bentuk Cemerlang termasuk FullView™ Display

POLED Waterfall FullView™ Display - Vivo NEX 3 mempunyai paparan POLED Waterfall FullView™ Display. Ia didatangkan dengan skrin yang luas dan melengkung menjadikan ia kelihatan anggun. Ditambah baik daripada rekaan sebelumnya iaitu FullView™ Display, NEX 3 mempunyai skrin dwi-lengkung dan reka bentuk yang hampir tiada bingkai yang mampu menyediakan pengalaman visual yang terbaik. Paparan 6.89 inci tanpa takuk dan lubang ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 99.6%, dengan pengalaman visual yang menakjubkan setiap kali kita mengangkat telefon.

Paparan Skrin Lebih Menarik - Selain itu, paparan cahaya ambien untuk pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung peranti ini tampil dengan kebolehan mengecam irama muzik yang boleh meningkatkan lagi pengalaman audiovisual para pengguna. Pertunjukan cahaya boleh dilihat apabila pengguna memainkan muzik atau menerima panggilan. Wah, menarik ni.. Teringat dulu-dulu pernah beli aksesori lampu berkelip-kelip dan menyala time panggilan masuk. Kini Vivo NEX 3 pun ada fungsi tersebut.

Tiada Butang Fizikal - Vivo NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik. In-Display Fingerprint Scanning membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat.

Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik

Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik


Pengalaman Pengambilan Gambar Yang Premium dengan Gabungan Tiga Kamera

64MP Kamera Belakang - Pada bahagian belakang peranti NEX 3 terletaknya gabungan tiga kamera dalam satu panel bulat, menciptakan Lunar Ring Camera System. NEX 3 dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP, dan kamera teleskopik 13MP yang dilengkapi dengan keupayaan mengambil gambar dari segi wide-angle, telescopic dan macro. Sistem kamera ini amat mudah untuk digunakan dan dapat menghasilkan gambar definisi tinggi yang mampu menonjolkan lagi keindahan dan kejelasan sesuatu gambar.

Portrait Master’s Hyper dan Pro Mode - Pengguna juga boleh mencantikkan lagi gambar potret menggunakan salah satu ciri-ciri NEX 3 iaitu Portrait Master’s Hyper yang menyediakan HDR sehingga ke 7.65eV. Ia berfungsi untuk meningkatkan ketepatan jarak dinamik antara muka pengguna dan latar belakang untuk memastikan titik fokus jelas kelihatan menentang cahaya latar. Di samping itu, Pro Mode membantu pengguna menguasai fotografi tanpa memerlukan kit fotografi yang mungkin rumit untuk difahami dan berat untuk dipikul.

16MP Kamera Depan - Dengan kamera depan 16MP jenis pop-naik, NEX 3 tetap membawa gayanya yang tersendiri. Paparan sempurna FullView™ Display memastikan pengamalan swafoto yang unik. Sistem yang direka khas untuk kamera jenis pop-naik juga memastikan operasi kamera yang stabil.

Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik

Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik


Prestasi Berkuasa Untuk Pengalaman Mudah Alih yang Optimum

Qualcomm Snapdragon 855 Plus - Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran teratas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar.

4500mAh Kapasiti Bateri - Membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa.

Vapor Chamber Cooling System - Fungsi ini bertindak untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat.

256GB Internal Storage - NEX 3 disediakan dengan storan dalaman 256GB bagi membolehkan lebih banyak file dan gambar disimpan.

Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik


Kecerdasan Buatan untuk Pelbagai Senario Pengguna

Penolong kecerdasan buatan Vivo iaitu Jovi telah ditambah baik khas untuk NEX 3 untuk membolehkan pengalaman pintar yang optimum berdasarkan Vivo Computation Acceleration Platform (VCAP). Platform ini meningkatkan prestasi perkakasan, dari CPU, GPU, DSP ke NPU. Ia juga mengoptimumkan algoritma kecerdasan buatan, meningkatkan kecekapan, kelajuan, dan kelancaran ciri-ciri peranti tanpa memakan kuasa yang lebih.

Dengan VCAP, tugas berasaskan kecerdasan buatan telah dinaik taraf. Jovi mempunyai beberapa aplikasi yang dinaik taraf termasuk Jovi Smart Scene yang menyokong tugasan harian, dan Jovi Image Recognizer yang kini lebih pantas dan tepat. Ia membantu pengguna mengkategorikan album, melakukan carian pintar, mengesan pemandangan dan wajah berkumpulan. Ia boleh menyempurnakan dokumen yang diimbas, dan banyak lagi.

Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik


Masa Depan Audio yang Unggul

Cip audio bebas AK4377A menyampaikan pengalaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkan khas untuk kenikmatan audio yang unggul dimana para pengguna boleh menghidupkan semula konsert kegemaran atau merenung jauh sambil mendengar lagu kegemaran.

Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik

Ha, amacam?? Ternganga bila sis tahu mengenai spesifikasi yang ditonjolkan untuk Vivo NEX 3 ni. Ni yang buat hati sis berdebar-debar bagai jatuh cinta pandang pertama. Rasa nak pi pinang je telefon ni. Tapi sebelum tu kena la tau harganya kan. Ok, Vivo NEX 3 dalam pilihan warna Glowing Night boleh didapati di Malaysia mulai hari ini.


Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik

Harga Vivo NEX 3 adalah RM3,899

Mahal?? Eh, bagi sis berbaloi dah tu kerana Vivo NEX 3 adalah telefon mudah alih premium yang terbaik..Info lanjut boleh rujuk di www.vivo.com/my





Post a Comment

0 Comments