Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

2/17/2020

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum semua.. Eh, ape ni?? Baru je lagi rasanya masuk ke tahun 2020 dah nak bukak cerita pasal Ramadan?? Ya, sila bertenang ye. Memang benar entri kali ni sis nak kongsikan mengenai menu buffet ramadan yang pertama untuk tahun 2020 ni. So lokasi pertama yang sis pilih adalah di restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral.

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Dengan bertemakan Makan Yuk, Hidangan Istimewa dari Indonesia telah dipilih menjadi menu utama pada tahun ini. Sebanyak hampir 150 hidangan akan dihidangkan secara bergilir-gilir mengikut rotation bagi memastikan para pengunjung sentiasa teruja dengan hidangan yang ada. Semua hidangan ini disediakan oleh Chef Executive Arfizan dan juga Chef Rais bersama dengan pasukan berbakat mereka.


Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Bila sebut menu dari Indonesia pasti ramai akan terfikir Nasi Ayam Penyet dan Bakso kan. Rupa-rupanya ada banyak lagi hidangan sedap dan enak yang boleh didapati di restoran Nook ni. Antaranya yang wajib korang rasa adalah Kambing Bakar Bumbu. Macam sis sendiri memang penggemar kambing jadi of course la yang ni sis akan serbu dulu. hidangan kambing diperap dengan kombinasi rempah tempatan termasuk kunyit, biji ketumbar, serbuk cili, halia dan serai. Setelah kambing itu diperap, ia dibakar perlahan selama dua jam untuk mencapai tekstur yang lembut dan berair. Ditambah pula dengan sos pencicahnya yang enak, perghhh.. memang sedap la.


Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Satu lagi hidangan yang mencuit selera sis adalah Daging Sapi Gongso. Daging sapi yang diperap dengan sos manis Indonesia, cili merah dan campuran rempah Asia termasuk kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, jintan putih dan jintan manis menjadikan hidangan ini sedap dan berjuicy. Tambahan pula ia dibakar dengan perlahan selama 3 jam menjadikan isi daging menjadi lembut dan segala perasa meresap sempurna. Selalu kalau daging mesti digabung dengan sos black pepper kan tapi kali ni bukan ye, Daging Sapi Gongso dicicah dengan sambal kicap pedas yang istimewa. Memang sedapppp..

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Sebut pasal sambal memang kita tahu yang Indonesia terkenal dengan pelbagai pilihan sambal seperti Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi dan Sambal Bawang. Sedap wei kalau pekena dengan nasi panas, takpun Nasi Kebuli, Nasi Jagung Madura dan Nasi Kuning dan ditambah pula dengan pelbagai jenis lauk seperti Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel, Gulai Telur Padang bagi melengkapkan rasa masakan istimewa Indonesia.

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Tak lupa juga kegemaran rakyat Malaysia terutamanya di bulan puasa iaitu Bubur Lambuk, Sup Berempah, Murtabak dan warung istimewa yang menghidangkan makanan panas seperti satay. Selain tu ada juga Bakso, Gerai Nasi Ayam, Ayam Cabe Ijo, Tempeh Goreng Berempah dan Ikan Bumbu Berempah akan disediakan pada buffet kali ini.

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Adusss rasa bersalah pulak bila makan banyak ni kan. Apa taknya, semua sedap-sedap. Tapi kalau ada di antara korang yang tengah on diet, boleh je nak mai makan kat hotel ni. Boleh gantikan nasi dengan hidangan sayur-sayuran dan salad seperti Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan pelbagai Kerupuk. Tapi bagi sis semua ni hidangan pembuka selera ni.. hehe.

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Kalau ada yang suka masakan western or international, jangan risau. Selain menu iastimewa dari Indonesia, di sini juga ada menghidangkan masakan antarabangsa seperti Wok-fried Kam Heong Crab, Stir-fried Black Pepper Beef, Lamb Vindaloo, Pizza, Jade Fish Picatta with Mexican Corn Salsa, Vegetable Lasagna dan banyak lagi.

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Fuhhh.. tak tau berapa round sis makan. Memang betul-betul sis menikmati keenakan semua makanan termasuk pencuci mulut. Rugi rasanya kalau tak makan, nanti balik asyik teringat je kan. Kat sini untuk desserts ada macam-macam tau termasuk Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling (palm fruit), Bubur Sumsum (sweet coconut rice porridge), Sago Air Gula and Kolak Ubi. International offerings include Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Warm Apple Crumble, Warm Banana Bread and Butter Pudding, ABC Station, Lemon Meringue Pie dan banyak lagi.

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2020 : Makan Yuk Selera Indonesia Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

So kalau korang mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama kesayangan di bulan ramadan ni, apa kata korang pilih buffet ramadan Makan Yuk di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral. Pasti semua hidangan istimewa terutama dari Indonesia ni dapat memikat selera. Untuk harga rujuk bawah ni :

Harga Buffet Ramadan Makan Yuk @ Nook
RM148 nett per person (dewasa)

Tarikh :
bermula 27 April - 22 Mei 2020

Masa :
6.30 petang hingga 10.30 malam

Baucer Early Bird :
1 Mac- 24 April 2020

Harga :
RM110 net (1-35 baucer)
RM100 nett (36 baucer ke atas)

Maklumat lanjut boleh rujuk :
tel (60) 3 2723 1188
www.aloftkualalumpursentral.com



You Might Also Like

6 Comments

  1. mak oii..awalnyeee ekkk buffet ramadhan review diorang ni...yang pertama sekali ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. masa dapat inv tu rasa macam awalnyaaaa.. tapi skang dah byk tempat buat dah kan

      Delete
  2. Huwaaaa.... dah mula dah ke Mrs. A ganti puasa pun belum habis lagiks!

    ReplyDelete
  3. sedap sekali sekala makan macam ni, tapi kalau on diet, better elakkan sebab nanti tak jadi diet, hahaha, makanan indonesia dengan selera kita memang ngam, berpinggan2 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau on diet alamatnya ratah lauk je la. pastu setiap portion amik sikit2. kang balik takde la ngidam.. hehe

      Delete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe