Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

3/03/2020

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Bila dah nak menghampiri bulan Ramadan ni memang banyak la entri buffet ramadan muncul kan. Bukan apa, senang la nak pilih mana satu lokasi untuk berbuka puasa nanti. Lagipun kalau booking dari sekarang, boleh dapat murah sikit sebab ada promosi early bird. Berbaloi-baloi tauuu..

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Bagi lokasi kali ini sis nak kongsikan buffet ramadan 2020 yang bertempat di restoran Essence, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu di tengah-tengah Kuala Lumpur pastinya mudah untuk datang ke sini. Mana taknya, hotel ni terletak betul-betul di hadapan Stesen Monorail Medan Tuanku. Bagi yang naik LRT pula boleh turun di Stesen LRT Sultan Ismail dan ada laluan pejalan kaki berbumbung untuk sampai ke Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel ni. Kalau naik kenderaan sendiri pula lagi senang, waze aje. InshaAllah tak sesat..

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Diberi nama Fiesta Rasa Muhibah, buffet ramadan di restoran Essence ni pastinya dapat memikat selera hasil dari air tangan Chef Hazif Ramli selaku Eksekutif Sous Chef serta pasukannya. Tentu korang tertanya-tanya apa menu istimewa yang ada di Essence, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel ni sempena berbuka puasa bulan ramadan nanti kan. Ha, meh sini sis nak kongsikan.

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Bayangkan, sebaik sahaja matahari terbenam dan masuk waku untuk berbuka puasa kita dihidangkan dengan pelbagai menu yang menarik dan sedap. Perghh tentu rasa nikmat kan setelah seharian berpuasa. Hidangan utama yang pastinya menggoda haruslah Kambing Carik yang diperap dengan rempah khas buatan sendiri dan dipanggang dengan sempurna serta dilengkapi dengan Nasi Hujan Panas yang berwarna-warni. Uishhh, memang tak toleh kiri kanan dah. Tak cukup?? Ha, apa kata cuba pula menu kedua iaitu Sup Tulang Berempah yang dimakan dengan roti benggali yang dibakar. Ha, kena rasa tau sup ni, terangkat tauuu.

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Biasanya kalau berbuka puasa ni mesti nak nasi kan. Di sini boleh je nak pilih untuk makan nasi sebab lauk-pauk yang dihidangkan memang menyelerakan. Antaranya seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Padi dan signature dish Chef Hazif iaitu Asam Pedas Ikan. Tak lupa juga menu yang sinonim dengan hari raya iaitu Lemang bersama Daging Dendeng. Adusss, ni yang buat rasa tak sabar nak raya ni.

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Eh, takkan dah kenyang kot. Apa kata lepas solat maghrib rehatkan perut sebentar untuk menjamu selera dengan pelbagai makanan di bahagian live station. Menyerupai ala-ala bazar ramadan, pelbagai menu disediakan seperti pisang goreng, nangka goreng, keladi goreng, Satay, Roti John, Roti Canai, Ayam Murtabak dan Ayam Sharwarma.

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Kali ni kalau betul-betul dah kenyang boleh la ke bahagian pencuci mulut pula kerana ada pelbagai juadah manisan yang sedap. Antaranya seperti pelbagai jenis kek dan puding. Tak lupa juga pada hidangan melayu asli yang klasik seperti Sira Pisang Raja, Sago Gula Melaka berkrim dan Pengat Durian yang terkenal di Hulu Langat serta banyak lagi kuih muih dan desserts yang ada.

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Menu dah reveal tapi harganya macam mana pula kan. Bagi sesiapa yang ingin menikmati Buffet Ramadan 2020 Fiesta Rasa Muhibah di Restoran Essence, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, harga adalah seperti berikut :

Harga Buffet Ramadan Sheraton Imperial Kuala Lumpur
RM148 nett per person (dewasa)
RM74 nett per person (kanak-kanak)

Tarikh :
bermula 24 April - 23 Mei 2020

Promosi Early Bird :
1 Mac- 23 April 2020

Harga (Early Bird):
RM98 nett per person

Buffet Ramadan 2020 : Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Lebih menarik, ahli Club Marriott dan Marriott Bonvoy serta pemegang kad bank yang terpilih dapat menikmati diskaun sebanyak 20%. Wow, banyak tu. Selain tu ada juga beberapa promosi untuk para pelanggan seperti :

Fiesta Rasa Muhibah, Kita-Kita Aje - Promosi Catering
Sepanjang bulan ini, syarikat swasta atau korporat juga boleh menganjurkan acara berbuka puasa di dalam ruang yanag selesa. Harga dari RM 98 nett bagi setiap orang, promosi katering ini memerlukan tempahan minima 50 orang. Tetamu boleh menikmati iftar dengan makanan yang enak di dalam suasana yang selesa.

Pakej Kareem - Pakej Tetap
Bagi yang ingin menginap di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada bulan Ramadan nanti boleh la mengambil Pakej Karem iaitu pakej bilik termasuk sahur (atau makan pagi) dan diskaun 20% untuk buffet ramadan Fiesta Rasa Muhibah di Essence berharga RM315++. Sarapan bufet, untuk pakej, juga boleh didapati sebagai pilihan di Essence jika diperlukan. Tetamu juga boleh memilih untuk menempah Club rooms untuk menikmati faedah di atas bersama dengan Sheraton Club Lounge Acceess.

Untuk tempahan, sila rujuk info di bawah :
• Tempahan tempat makan, hubungi +6012 337 9980 atau e-mel ke dining.specialist@sheraton.com
• Tempahan katering (minimum 50 orang), e-mel kepada sales.kulsi@sheraton.com
• Tempahan bilik, e-mel kepada res.kulsi@sheraton.com
• Maklumat lanjut sila hubungi +603 2717 9900

Boleh juga lawati laman web di www.sheratonimperialkualalumpur.com atau Facebook @sheratonimperialkl dan Instagram @sheratonimperialkl



You Might Also Like

0 Comments

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe