Cara Menikmati Ayam Goreng Sedap Masa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

4/29/2020

Cara Menikmati Ayam Goreng Sedap Masa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan | Assalamualaikum semua.. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni memang sis tak keluar dari rumah. Disebabkan sis bukan ketua keluarga maka duduk la rumah diam-diam. Tapi bila duduk di rumah ni mula la tekak nak makan itu la nak makan ini la. Nak masak tu boleh tapi mesti la rasanya tak sama kan. Ni dah beberapa hari dah duk mengidam nak makan ayam goreng sedap. Apa lagi kalau bukan ayam goreng KFC. Agak-agak, boleh ke nak beli walaupun dalam tempoh PKP ni??

Cara Menikmati Ayam Goreng Sedap Masa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Ni gambar lama tau. Masa tu sis pi makan KFC dengan kawan

Ha, jawapan dia tentulah boleh uolss.. Walaupun kerajaan menyarankan semua rakyat untuk duduk di rumah, tetapi beberapa perniagaan yang berkaitan dengan 'Essential Services' masih beroperasi termasuk lah KFC Malaysia. Ye, pasti pihak KFC Malaysia tidak mahu menghampakan perasaan penggemar ayam goreng mereka yang sedap tu. Jadi mereka akan terus beroperasi demi orang-orang macam sis ni. Yeay, terbaik la KFC Malaysia.

Namun seperti yang sedia maklum jika sesuatu perniagaan ingin beroperasi, maka perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Menurut QSR Brands yang mengendalikan premis KFC dan Pizza Hut di Malaysia mengumumkan bahawa pelanggan boleh membeli barang makanan melalui

Bungkus (tersedia di seluruh negara)
Pengambilan sendiri setelah membuat pesanan melalui aplikasi mudah alih atau laman web
(tersedia sekarang di 213 KFC dan 410 gerai Pizza Hut di seluruh negara)
Perkhidmatan pesanan secara dalam talian

Cara Menikmati Ayam Goreng Sedap Masa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Kebetulan sis pernah pergi bangunan QSR Brands

Syarikat itu juga mengumumkan bahawa penghantaran tanpa sentuhan akan dilaksanakan segera sebagai pilihan bagi pelanggan yang memesan melalui penghantaran dalam talian. Sebagai langkah keselamatan, pembayaran harus dibuat sepenuhnya melalui aplikasi atau laman web. Penghantar makanan akan menghubungi pelanggan untuk meminta tempat meletakkan makanan. Mereka juga diminta untuk menjaga jarak dari pelanggan yang mengumpulkan makanan. Setelah makanan diambil oleh pelanggan, pesanan akan ditandakan sebagai lengkap.

Nampak tak betapa prihatinnya pihak KFC Malaysia yang masih mahu menyediakan makanan yang enak walaupun di musim wabak melanda. Jadi kita sebagai pelanggan juga haruslah turut memainkan peranan kita kan. Jadi buat sesiapa yang teringin atau mengidam nak makan ayam goreng yang sedap, sila la muat turun aplikasi KFC Malaysia melalui Apple App Store dan Google Play Store untuk membuat pesanan makanan.

Cara Menikmati Ayam Goreng Sedap Masa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Aplikasi penyelamat musim PKP.. hehe

Selain dari tu, korang juga boleh muat turun aplikasi FoodPanda Malaysia Delivery. Ya, sis sendiri pun selalu mengggunakan perkhidmatan FoodPanda ni jika malas untuk keluar. Jangan risau, perkhidmatan FoodPanda ini berjalan seperti biasa pada tempoh PKP ni cuma waktu operasi ada sedikit perbezaan dimana waktu operasi sehingga pukul 8 malam sahaja. Jadi kalau nak buat pesanan tu silalah awal sedikit ye. Tambahan pula sekarang bulan puasa kan.

Cara Menikmati Ayam Goreng Sedap Masa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Order KFC guna FoodPanda dapat diskaun 20% tau

Kenapa sis suka membuat pesanan guna perkhidmatan FoodPanda untuk memesan KFC? Ha, kalau korang nak tau jika menggunakan perkhimatan FoodPanda sekarang, kita boleh dapat penjimatan sehingga 20% diskaun tau. Tapi tertakluk kepada pesanan bernilai RM15 dan ke atas dan maksimum diskaun adalah sebanyak RM15.

Sampai bila promosi ni akan berlangsung tidak la sis tahu pula. Tapi pada tarikh artikel ni dikeluarkan masih valid lagi la promosi ni. Alhamdulillah, dapat la sis berbuka puasa dengan ayam goreng KFC yang sedap bersama keluarga. Jimat banyak juga tau. Tambahan pula sekarang KFC Malaysia ada menu baru iaitu Soy Garlic Drummette. Favourite sis tu. Memang sedap.

Cara Menikmati Ayam Goreng Sedap Masa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Selain ayam goreng Hot & Spicy, ni menu favourite sis kat KFC

Jadi sebagai kesimpulan, kalau ada di antara korang yang tengah mengidam nak makan ayam goreng yang sedap dah tak perlu nak menangis kat bucu katil dah. Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, korang masih berpeluang untuk menikmati keenakan ayam goreng dari KFC Malaysia. Jangan lupa juga untuk menggunakan khidmat FoodPanda Malaysia Delivery untuk penjimatan dan juga penghantaran terus ke rumah ye. Akhir kata, selamat berbuka puasa.. adios..




You Might Also Like

16 Comments

  1. teringin pulak kfc tgk dia makan hehehe

    ReplyDelete
  2. Belum ada beli lagi KFC, one day nanti mesti ada punya order...hehehe kecurrr oii nengok ko makannnn

    ReplyDelete
  3. musim pkp blum mkn lg kfc..ni bln puasa bole juga order nanti..wah ada diskaun juga tu

    ReplyDelete
  4. sedapnya tapi tak feel betul xmkn dekat restoran dia..yumss..

    ReplyDelete
  5. Heyyy makan ayam goreng tak ajak kita awassss hehehehee ayam KFC memang sentiasa no 1 dalam hati kita awak.. Rasa macam esok juga nak order online beli ayam goreng ni hehehehehe nak keluar susahkan...

    ReplyDelete
  6. Hari tu teringin makan kfc.. Tak sangka balik dari kerja suami belikan. Tapi dah nak malam lah makan. Lupa pula boleh order KFC guna servis food panda

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak makan KFC ... tengok ni teringin lak... tapi makan katbkedai lagi sedap hihi... tggu je la habis PkP ni.

    ReplyDelete
  8. Wahh Order KFC guna FoodPanda dapat diskaun 20% ke..Baru iena tau. Thanks for sharing.nnti nak order lah :)

    ReplyDelete
  9. Bestnya KFC Dikbee oiii. Dah lama x makan KFC sejak PKP ni. nak oder online xde foodpanda pulak kat sini.

    ReplyDelete
  10. peh !! terliur kite, wak.. hee~ KFC memang salah satu pilihan kite brbuka puasa dan FoodPanda je yang hantar.. hahahaha~

    ReplyDelete
  11. lama gak tak order kfc. anak2 pun takde mintak lagi since PKP ni. nanti blh surprise kan diorang

    ReplyDelete
  12. Ish3 time mcmni teringin pula mkan kfc spicy dgn coleslaw.. Dapnyaa

    ReplyDelete
  13. aduhai...
    area rumah aida ni, xde apa2 delivery, dikbee.
    jauh dari melaka tgh. so far lom lagi beli kfc / mcD. rinduuu sgt dah ni :) ha ha ha ha...
    nak kena gi beli. tapi tu la, lebih 10km.
    dah la roadblock setiap jalan nak keluar daerah hu hu hu hu... menakotkan.

    ReplyDelete
  14. Alahai, rindunya nak makan kfc haha. syok kalau boleh delivery kfc terus depan rumah. tempat atul ni tak pastilah boleh ke tak. Sebab x pernah try, sebab rasa macam jauh je. selalu tanya takda. tapi takpasti food panda. kalau boleh bestnya.... 😍😍

    ReplyDelete
  15. Hmm.. Sedapnya bila tgk kfc mmg tgh berkira nk beli kfc sbb dah lama xmkn

    ReplyDelete
  16. Kita sepanjang PKP ni memang dah beeapa kali dah ordee KFC kat Food Panda sbb KFC delivery tak masuk lagi area ni hehe

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe