Resepi Mudah Seri Kaya Homemade Sedap Dimakan Dengan Roti Gardenia

4/17/2020

Resepi Mudah Seri Kaya Homemade Sedap Dimakan Dengan Roti Gardenia | Assalamualaikum semua.. Panik juga bila dengar banyak tempat ada masalah kehabisan stok roti especially roti Gardenia. sis punya favourite roti tu. Tapi Alhamdulillah tempat sis ni tak ada masalah. Malah setiap petang ada insan yang baik sudi datang ke sini untuk membawa stok roti bagi sesiapa yang ingin membelinya. Jangan ditanya siapa orang tu sebab sis pun tak tau. Tak pernah turun bawah pi beli, selalu anak buah je yang pi. hehe...

Resepi Mudah Seri Kaya Homemade Sedap Dimakan Dengan Roti Gardenia

So, bila stok roti sentiasa ada, mula la mencari resepi untuk roti kan. Ye la, takkan hari-hari nak cicah teh o atau sapu planta je. Boring weiii... Jadi, untuk kali ni sis nak kongsikan cara untuk masak seri kaya homemade. Sedap tau kalau cicah dengan roti especially roti Gardenia la (nak jugak mention jenama kannnn).. hik hik... Ok, ni resepinya :


Resepi Seri Kaya Homemade

Bahan A :
1 cawan gula
1 cawan air panas

Bahan B :
3 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla (kalau ada daun pandan lagi better sebab lebih wangi)
secubit garam
200ml santan
2 sudu makan tepung jagung

Cara masak :

1.Masukkan gula ke dalam periuk dan biarkan ia cair perlahan-lahan untuk jadikan gula hangus dengan api yang sederhana supaya tak hangit.
2. Bila dah cair, tutup api seketika dan masukkan air panas. Buka api semula dan kacau sehingga gula betul-betul larut dan sebati. Kemudian tutup api dan ketepikan sebentar.
3. Untuk bahan B, masukkan telur gula dan esen vanilla ke dalam blender dan kisar hingga halus. Kemudian masukkan santan, garam dan tepung jagung dan sambung kisar hingga sebati.
4. Buka semula api periuk tadi dengan api yang perlahan. Masukkan bahan yang telah diblender dan kacau sehingga pekat dan berkilat. Make sure api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus dan berkerak di bawahnya.
5. Bila dah pekat berkilat gitu maknanya "dah siapppp". Boleh la tutup api dan sejukkan sebelum dimasukkan dalam bekas dan disimpan dalam peti ais untuk tahan lama.

Resepi Mudah Seri Kaya Homemade Sedap Dimakan Dengan Roti Gardenia

Amacam?? senang je kan. Ha, lepas ni boleh la korang cuba pula. Anak-anak mesti suka kan sebab rasanya yang lemak manis. Boleh la dihidangkan ketika sarapan ataupun minum petang. Selamat mencuba!!




You Might Also Like

0 Comments

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe