Resipi Baked U.S. Potatoes With Cheese Menggunakan Kentang A.S

Resipi Baked U.S. Potatoes With Cheese Menggunakan Kentang A.S | Assalamualaikum semua.. Yuhuu, dah lama sis tak kongsikan resipi dalam blog ni kan. Lately ni sis super busyyyy... so jarang-jarang sis memasak kat rumah. Kalau ada pun setakat menu yang simple-simple je. Campak-campak siap gichuuu. Maklum la bujang kan. hehehehe. 


Ok, menu yang sis nak kongsikan kali ni adalah Baked U.S. Potatoes With Cheese. Menu ni sis belajar dari Chef ZieZie yang popular di Tiktok. Masa tu sis join event anjuran Potatoes U.S.A iaitu JINGLE U.S POTATOES ALL THE WAY Christmas Workshop. Masa Chef ZieZie masak tu memang semerbak bau dia tau. Bila makan pulak, fuhhh memang sedap rasa dia tambah-tambah pulak sebab guna kentang A.S

Baca Juga :


Resipi Baked U.S. Potatoes With Cheese


Bahan Utama :
  • US Russet Potato - 6 pcs (Saiz Sederhana)
  • Cendawan Butang - 100gm
  • Bawang besar dipotong dadu - 20gm
  • Bawang Putih Kisar - 5gm
  • Capsicum Merah dipotong kiub - 10gm
  • Brokoli - 30gm

Perasa dan Herba :
  • Thyme segar - 2 tangkai
  • Rempah Moroccan- ½ sudu kecil
  • Garam - ¼ sudu teh
  • Lada - ¼ sudu kecil

Hiasan :
  • Daun Chervil - mengikut keperluan




Cara Masak :

#01 - Untuk menyediakan kentang russet panggang, tebuk beberapa lubang pada kentang dengan pisau pengupas. Kemudian bungkus kentang dalam aluminium foil tanpa minyak dan bakar selama 58 minit pada suhu 165c.

#02 - Apabila selesai, pegang kentang dengan tuala panas dan potong separuh, korek isi ubi kentang dengan sudu dan ketepikan. 

#03 - Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan bakar brokoli selama beberapa minit. Selepas itu terbalikkan brokoli dan masukkan 2-3 sudu air untuk menambah sedikit kelembapan. Selepas itu, keluarkan brokoli dari kuali dan ketepikan.

#04 - Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit minyak, diikuti dengan bawang besar potong dadu, bawang putih kisar dan capsicum. Apabila aromatik mula wangi, masukkan brokoli tadi. Kemudian perasakan dengan sedikit rempah Moroccan, garam dan lada sulah. Ketepikan bila dah siap.

#05 - Seterusnya, lenyek isi kentang, masukkan susu, dan pasli yang dicincang halus kemudian perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.

#06 - Sekarang gabungkan sayur tumis tadi ke dalam isi kentang dan gaul sekata. Sesuaikan rasa dengan menambah lebih banyak garam dan lada sulah apabila perlu.

#07 - Sendukkan filing ke dalam kulit kentang. Kemudian taburkannya dengan sedikit keju cheddar yang dicincang, dan bakar dalam ketuhar atau air fryer selama 2-3 minit pada suhu 175c.

#08 - Akhir sekali, hiaskan dengan beberapa helai daun chervil dan sedia untuk dihidangkan.


Tadaaaa, ni la rupa Baked U.S. Potatoes With Cheese bila dah masak. Untuk pengetahuan korang, sis suka sangat dengan Kentang A.S ni sebab lebih sedap dan berkhasiat tau. So, kalau makan selalu pun tak bosan. So, kalau korang jumpa Kentang A.S sila la beli dan boleh cuba Resipi Baked U.S. Potatoes With Cheese ni. Selamat mencuba

Untuk lebih banyak resipi U.S Potatoes boleh layari :




Post a Comment

0 Comments