Review Filem Dunki Lakonan Shah Rukh Khan

Review Filem Dunki Lakonan Shah Rukh Khan | Assalamualaikum semua.. Secara jujur sis bukan lah fanatik kepada filem-filem Bollywood tapi kalau lakonan Shah Rukh Khan sis suka... So, bila ada member ajak tengok filem terbaru lakonan Shah Rukh Khan di pagawam, sis terus la onzz. Filem yang sis maksudkan adalah Dunki yang mula ditayangkan pada 21 Disember 2023. 


Dunki ialah sebuah filem drama komedi berbahasa Hindi berdasarkan teknik 'donkey flight illegal immigration' yang diarahkan dan disunting oleh Rajkumar Hirani daripada lakon layar yang ditulisnya bersama Abhijat Joshi dan Kanika Dhillon dan dihasilkan di bawah sepanduk Red Chillies Entertainment, Jio Studios dan Rajkumar Hirani Films. Filem ini dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Taapsee Pannu, Vicky Kaushal (penampilan istimewa), dan Boman Irani


Movie : DUNKI
Running Time: 2 Hours 39 Minutes (Approx.)
Language: Hindi
Starring: Shah Rukh Khan, Boman Irani, Taapsee Pannu, Vicky Kaushal, Vikram Kochhar, Anil Grover
Director: Rajkumar Hirani
Tayangan Malaysia Gsc Cinemas, Tgv Cinemas, MBO Cinemas, MmCineplexes, Lotus Five Star Cienmas dan lain lain.


Baca juga : 


Sinopsis Filem Dunki


Pada tahun 2020, Manu Randhawa yang telah berumur melarikan diri dari hospital di London. Dia bertemu dengan seorang peguam imigresen, Puru Patel, dan memintanya untuk menghubungkannya dengan Hardayal "Hardy" Singh Dhillon, bekas kekasihnya. Di Laltu, Punjab, Hardy sangat gembira menerima panggilan Manu selepas 25 tahun. Dia memintanya untuk bertemu dengannya di Dubai, supaya dia boleh membawanya kembali ke India melalui laluan "dunki".


Flashback
Pada tahun 1995, Manu dan rakan-rakannya, Buggu dan Balli, tinggal di Laltu, dan ingin berhijrah ke London untuk kehidupan yang lebih baik. Dibelenggu kemiskinan dan tidak berpendidikan membuatkan mereka tidak dapat visa, walaupun mencuba pelbagai kaedah. Suatu hari, Hardy, bekas pegawai Tentera, tiba di kampung mereka. Abang Manu telah menyelamatkan nyawanya dalam pertempuran, dan dia telah kembali untuk memulangkan barang-barang peribadinya, tetapi menyedari bahawa dia telah meninggal dunia dalam kemalangan, meninggalkan Manu dan keluarganya dalam keadaan kewangan yang teruk. Dia berjanji untuk membantu Manu sampai ke London, sebagai balasan atas kebaikan abangnya. 


Maka bermulalah kisah di mana mereka menggunakan teknik Dunki disebabkan tiada visa. Pelbagai cara dan rintangan yang terpaksa mereka lalui untuk sampai ke London sehingga ada yang terkorban nyawa. Berjayakah mereka sampai ke Kota London? Setelah 25 tahun, bagaimana pula cara mereka untuk kembali ke India? Saksikan filem Dunki di pawagam.


Ulasan Filem Dunki


Setelah menonton filem Dunki, bagi sis ini secara keseluruhan jalan cerita filem ni memang best tapi bukanlah filem terbaik lakonan Shah Rukh Khan. Filem ini sarat dengan semangat setiakawan dan banyak aksi kelakar pada mulanya tapi bila dah masuk pertengahan cerita mula la aksi air mata. Macam biasa la, lakonan Shah Rukh Khan kannnn.. kalau tak menangis, tak sah gichuuu. Berapa bintang sis bagi?? 

Rating :
🌟🌟🌟🌟
4 / 5
BINTANG




Post a Comment

0 Comments