RESTORAN HUMBLE CHEF BUKIT DAMANSARA | TEMPAT MAKAN MURAH DAN SEDAP

19.6.16

RESTORAN HUMBLE CHEF BUKIT DAMANSARA | TEMPAT MAKAN MURAH DAN SEDAP | Assalamualaikum semua... Zaman sekarang ni semuanya barang makin mahal kan. Bila barang mahal, automatik harga makanan pun jadi mahal. Kadang-kadang bila tekak ni nak rasa makan kat luar, tengok dulu poket ada duit ke tak. Tambah-tambah lagi student kan. Kena sentiasa jaga budget. Kalau tak, ada yang makan meggi je hujung bulan. So, kali ni aku nak share satu tempat makan yang best iaitu restoran yang menyediakan makanan yang murah dan sedap.

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Restoran Humble Chef Bukit Damansara, Tempat Makan best, Murah Dan Sedap

Tempat yang aku maksudkan adalah Restoran Humble Chef yang terletak di Bukit Damansara. Actually, ni first time aku datang sini. Tak sangka kat kawasan elit di Bukit Damansara ni ada satu restoran yang menawarkan harga yang murah tetapi menghidangkan menu yang berkualiti dan sedap. Awat la restoran ni jauh dari rumah aku. Kalau dekat mau datang selalu lepak sini sebab suasana dalam restoran ni memang chill.

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Restoran Humble Chef Bukit Damansara

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Tempat Makan best, Murah Dan Sedap

Sebelum aku tunjuk antara menu yang ada kat sini dengan harganya yang murah tu, Apa kata aku cerita cerba sedikit dulu pasal restoran ni. Pada mulanya Humble Chef ni hanyalah perniagaan makanan yang mula bertapak di Damansara sekitar tahun 2009 menggunakan Food Truck. Orang-orang Damansara mesti familiar kan dengan mereka. Berkat kegigihan Humble Chef terutama pemiliknya iaitu Chef Rosman, akhirnya Humble Chef mempunyai restoran sendiri. Chef Rosman ni sendiri sudah mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang masakan.

A photo posted by humble chef (@mrhumble) on
Humble Chef Food Truck


Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Chef Rosman pemilik Humble Chef

Percaya tak kalau aku cakap, walaupun mereka telah berpindah ke dalam restoran tapi harga masih sama?? iye weiii. Bayangkan harga spaghetti mereka hanya RM5 sahaja, murah dan sedap. Mana nak dapat makan spaghetti dengan harga macam tu kat tempat lain. Kat sini ada Spaghetti Bolognese, Spaghetti Carbonara, Aglio e Olio dan Pesto. Selain tu, ada satu signature dish iaitu Laksa Goreng yang korang kena rasa kalau mai sini. Sedap tau, harga pun hanya RM6 sahaja. Selain tu, ada beberapa lagi menu yang dijual di sini. Jom tengok menu apa lagi yang ada kat sini.

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Lamb Chop with Pasta RM 30

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Humble Chef Sandwich RM 2.50

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Spaghetti Carbonara RM 5 

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Spaghetti Bolognese RM 5

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Laksa goreng RM 6

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Creme Brulee RM 5

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Cheese Souffle RM 6

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Mushroom Soup RM 5

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Brownies with Ice cream RM 6

Note : Portion makanan di restoran adalah berbeza ye sebab yang ni kami kongsi-kongsi.. hehe

Selain harga murah, konsep restoran Humble Chef ni juga menarik dengan menawarkan makanan ala western memang sesuai untuk menjadi tempat bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Cuma satu nak pesan, kat sini kena order sendiri kat kaunter ye sebab mereka masih mengekalkan cara masa berniaga dengan Food Truck dulu cuma lebih selesa sebab kawasan untuk makan lebih luas.

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Kaunter untuk order dan bayar

Restoran Humble Chef Bukit Damansara
Ruang makan dalam restoran

Akhir sekali terima kasih kepada Chef Rosman sebab sudi berkongsi pengalaman bersama Humble Chef. Kalau nak tau Chef Rosman ni sangat humble dan peramah tau. Tu sebab restoran ni dapat nama 'humble chef'. Terima kasih juga pada restoran Humble Chef yang masih sudi menawarkan makanan dengan konsep Comfort Food pada zaman sekarang ni.

A photo posted by humble chef (@mrhumble) on

So, kalau korang nak cari tempat makan best dengan makanan yang sedap dan murah especially spaghetti RM5 tu, sila datang ke Humble Chef kat Bukit Damansara ni yek... nah aku share lokasi restoran Humble Chef ni :

Alamat :

RESTORAN HUMBLE CHEF
54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara
Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur

Tel :
+60 14-229 6854

Waktu Perniagaan :
Dibuka setiap hari bermula jam
10 pagi - 10 malam ( weekdays)
11 pagi - 11 malam ( weekend)

Instagram :




You Might Also Like

4 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Replies
    1. jom jom... x sempat sebelum raya, kita pi lepas raya nak...

      Delete
  2. Wahhh! Spageti RM5???! Murah giler nih.. Nanti kena gi try.. Wajib ajak hubby hi try nih.. Hehe..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak... tu sebab ramai orang kat restoran dia

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe