Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

1/18/2021 Dikbee 23 Comments

Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ | Assalamualaikum semua.. Nak tanya korang la, pernah tak rasa stress bila tudung tak on point dan tak selesa?? Ha, jangan dibuat main ye dengan peranan tudung ni, boleh bad mood dibuatnya. Silap haribulan terus cancel nak keluar tau. Tu sebab pemilihan tudung sangat penting terutama dari segi jenis kain dan juga designnya. Ok, kat sini sis nak kongsikan dengan uols semua berkenaan satu jenama tudung yang memikat hati sis iaitu tudung anti pekak, tak perlu gosok (ironless) dan sangat selesa dari Sofiasiraj.


Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

Bukan senang ye nak dapatkan tudung yang kena dengan citarasa sis ye. Tambah pulak sis ni sejenis yang malas nak bersiap lama-lama semata-mata nak membetulkan tudung je. Tu belum campur dengan nak iron lagi. Adoiii, memang part paling malas bab iron tudung la. So, kebanyakan tudung sis memang jenis yang ironless. Lagipun sebelum wabak melanda, sis ni memang suka travel. Dah tentu la tudung ironless dan selesa yang menjadi pilihan sis tiap kali nak travel.


Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

Tudung dari jenama Sofiasiraj telah berada di pasaran sejak tahun 2019 dan memang menepati ciri-ciri tudung yang sis suka. Menurut pengasas tudung Sofiasiraj iaitu Cik Zahra Lee, beliau amat menitikberatkan mengenai ciri-ciri tudung yang memberi keselesaan, tidak mudah kedut, ironless dan anti pekak. Beliau yang merupakan seorang mualaf pastinya agak sukar untuk membiasakan diri bertudung. Jika tudung yang dipakai tidak selesa boleh akibatkan sakit kepala tau. Tu sebab beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan tudung Sofiasiraj. Bagi beliau kualiti tudung adalah keutamaan dan pelbagai R&D telah dibuat bagi memastikan pengguna tudung Sofiasiraj berasa selesa, tidak pekak dan tidak mengganggu aktiviti seharian.


Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ
Cik Zahra Lee pengasas Sofiasiraj

Mengenai design pula Sofiasiraj memilih koleksi tudung fully pleated. Diakui dalam pasaran sekarang banyak tudung jenis pleated dijual tetapi yang specialnya mengenai Sofiasiraj adalah kualitinya. Tudung Sofiasiraj mempunyai pleats yang halus, kemas, awning yang mudah dibentuk (memang on point la) dan yang bestnya walau berkali-kali cuci tudung ni takkan kembang bahkan pleats masih elok terletak ye. Tudungnya juga tidak mudah renyuk jadi bagi sesiapa yang tidak mempunyai masa untuk bersiap tak perlu kalut nak iron tudung kan. 


Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

Selain dari tu, material yang digunakan adalah jenis yang lembut, flowy je bila ditiup angin dan tidak panas. Penting ye pemilihan material tudung ni sebab kita pakai tudung berjam-jam ye sehari terutama bagi yang bekerja. Ada yang sampai mencecah 12 jam sehari. Tambah pulak cuaca negara kita ni yang selalunya panas. Bila tak selesa, mula la panas, gatal dan macam yang cik Zahra kata boleh akibatkan sakit kepala tau. Nooo.. tak nak la pakai tudung yang tak selesa kan.


Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

So, sebelum memudaratkan baiklah kita memilih tudung Sofiasiraj. Ada banyak pilihan design tapi antara design yang menarik perhatian sis adalah Dahlia Triangle (bawal) dan juga shawl pleated (Korea Chiffon). Boleh pilih pelbagai warna dan corak sebab semuanya cantik di mata sis. 

DAHLIA TRIANGLE PLEATS 
Bawal Modern
Measurement: 1.60 x Bidang 48*

Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

SHAWL PLEATED
Material Korea Chiffon 
Measurement: 1.8 x 0.6m

Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

Bila sebut tudung yang berkualiti, mesti ramai akan ingat harganya mahal. Betul tak? Eh, tak la. Honestly sis cakap tudung Sofiasiraj ni dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Range harga dalam RM60-RM80 gitu la bergantung pada jenis tudung yang kita pilih. Tapi bila baca testimoni memang ramai la pelanggan yang sangat berpuashati dengan kualiti tudung Sofiasiraj ni. Tu sebab sis tertarik dengan tudung mereka. Berikut antara testimoni dari pelanggan Sofiasiraj :

Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

Tudung Anti Pekak, Ironless dan Selesa Dari SOFIASIRAJ

So, bagi sesiapa yang mencari tudung yang selesa dan always on point maka pilih la Sofiasiraj. Pembelian boleh dibuat secara online melalui platform sosial media mereka di Instagram atau Facabook dan juga platform Shopee. Mudah kan, tak perlu la kita nak keluar nak membeli. Tambahan pula sekarang ni tempoh PKP. So, order online sajerrrr ye. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tudung anti pekak, ironless dan selesa dari Sofiasiraj
boleh klik link di bawah :
Link Shopee :



23 comments:

  1. Cantiknya design tudung. Saya belum pernah guna lagi yang jenis pleated sebab takut tak terletak. Tapi baca macam ni punya on-point kena try jugalah bergaya dengan tudung Sofiasiraj nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee,sebelum ni sy pernah beli tudung pleated, dia jadi senget benget bila pakai 😅

      Delete
  2. Wow........first time saya dengar pasal tudung anti pekak. Interesting. Btw,I like the design of these shawls. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kalau material tudung tak sesuai, dia jadi macam kedap esp bahagian telinga. Tu yg bila org bercakap kita jadi x berapa dengar. Tp Sofiasiraj ni guna material yg berkualiti. Xde masalah bila pakai

      Delete
  3. cantik tudung dia. jenis pleated ni jarang tak on point. jenis kain tu menang cantik dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Biasanya pleated yg kemas akan elok terletak. Tp sy pernah beli pleated agak kasar dan bila pakai jadi terkelepet gitu.

      Delete
  4. Makin banyak pilihan gegirls semua untuk pilihan tudung kan. Pelbagai gaya dan warna.

    And this one fully pleated - cantik plak kelihatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan mmg banyak pilihan kan kat pasaran. So, kualiti tu penting utk buat customer repeat order 👍

      Delete
  5. Sekarang dah ada baju yang tak payah gosok, tudung pun ada. Memang memudahkan, terutama bagi ibu2 yang sibuk uruskan keluarga, ringan sikit beban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee.. Sy pun mmg jenis malas nak menggosok. Tak kisah la baju ke tudung ke... Hehe

      Delete
  6. Sekarang, memang pakai tudung yang tak payah gosok je. Sebab sekarang design pun dah cantik-cantik, takdelah limited corak kosong je kan 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullll.. Tak gosok pun boleh bergaya.. Bukan malas, tp x sempat.. Hehe

      Delete
  7. Wah menarik sebab pertama kali sis dengar anti-pekak. Kalau tudung mesti nak yg tk mudah kedut dan mudah dibentuk kan. Design Sofiaraj pun lawa jugak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee.. Kalau material tak sesuai, telinga jadi mcm kedap, org cakap susah nak dengar. Ha, gitu la maksudnya. So penting cari tudung yg guna material yg best mcm sofiasiraj ni 👍

      Delete
  8. Cantiknyaaa design dia.. Sis tak kesah kalau renyuk, tapi jangan pekak, adoii terus spoil mood bila dapat tudung jenis gitu, memang tak pakainyaaa laaa.. nanti nak trylah Sofiasiraj ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee.. Dah la x dengar, pastu kadang rasa berdesing je. Boleh sakit kepala kannn

      Delete
  9. Wah menariknya first time tahu ttg tudung anti pekak. Suka warna yg ditawarkan semuanya cantik2

    ReplyDelete
  10. Sy pun first time dengar utk tudung. Kalau anak tudung tu mmg biasa dah dengar. Tp sungguh tau, kalau jenis tudung yg tak selesa tu mmg rasa kedap kat bahagian telinga. Tu yg x dengar kalau org bercakap

    ReplyDelete
  11. menarik fungsi anti pekak tu. sebagai seorang yang tak pernah pakai tudung, baru tau pakai tudung kadang2 boleh sebabkan pendengaran terbatas. menarik ni :)

    ReplyDelete
  12. love the nice & thoughtful design, sure my Muslims girl friends would love to have one for their lifestyle OOTD. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Wow tudung macam ni la yang dicari cari

    ReplyDelete
  14. Memang alergik kalau tudung ataupun anak tudung 'pekak'. Mahu rasa macam dungu jer haha hahaha :))

    ReplyDelete
  15. these tudungs are not just pretty, but also comfortable as well. they make a good gift for a muslimah friend too!

    ReplyDelete