Tayangan Perdana Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

Tayangan Perdana Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah | Assalamualaikum semua.. Sebagai pembuka tahun 2024, Filem melayu tempatan iaitu Pendekar Awang : Darah Indera Gajah bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 11 Januari 2024 nanti. Sis rasa bertuah dapat menghadiri Malam Tayangan Perdana Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah dan  menjadi antara orang yang terawal untuk menyaksikan filem ini.


Pada tanggal 2 Januari 2024, bertempat di IOI City Mall, Putrajaya, Tayangan Perdana Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah meriah dengan kehadiran barisan para pelakon dan juga peminat-peminat filem ini. Turut hadir, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli ke Majlis Tayangan Perdana Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah diiringi oleh YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia.

Baca Juga : 



Info Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah


Tajuk Filem : Pendekar Awang : Darah Indera Gajah
Durasi : 1 jam 53 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre :  Aksi, Sejarah
Penulis Skrip : SSharuddin Dali
Pengarah : Sharuddin Dali & Saiful Reza
Penerbit : Studio Kembara Sdn Bhd



Barisan Pelakon Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah


  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Fazura sebagai Sayang
  • Heliza Helmi sebagai Siti
  • Hazwani Helmi sebagai Minah
  • Tissa Baini sebagai Besah
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah
  • Nadhir Nasar sebagai Tahir
  • Syed Ali Murtadha sebagai Nadim
  • Mawi sebagai Tok Kenali
  • Azrel Ismail sebagai Tok Janggut
  • Faizal Tahir sebagai Utusan To'ku Paloh
  • Hasnul Rahmat sebagai Kodi
  • Dian P Ramlee sebagai Mak Senah
  • Nam Ron sebagai Hj. Sulong
  • Andy Teh sebagai Sachai
  • Amir Ahnaf sebagai Andak
  • Ali Karimi sebagai Brahim
  • Amerul Afendi sebagai Tobah
  • Reza Hilman sebagai Dahlan
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers
  • Sathis Varan sebagai Sugur

Sinopsis Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Awang masih dihantui dengan kejadian lepas tetapi perlu bangkit semula untuk membantu Tok Gajah ke Terengganu bagi meminta bantuan. Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu, pihak British mengarahkan Kapten Syers menangkap Tok Gajah. Di sini lah ceritanya bermula di mana Awang, Tahir dan beberapa orang termasuk isteri Awang iaitu Sayang bersama dengan sri kandi wanita yang lain berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran demi memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat dan juga menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British.  Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?


Trailer Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah




Lagu OST Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah




Ulasan Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah


Seperti mana yang kita tahu, Filem 'Pendekar Awang : Darah Indera Gajah' ini adalah kesinambungan kepada filem pecah panggung iaitu “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” dan merupakan sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah benar yang penuh dengan aksi dan mengangkat silat sebagai seni mempertahankan diri.


Memandangkan sis dah tengok filem ni, meh sis nak kongsikan sikit ulasan sis pasal Filem 'Pendekar Awang : Darah Indera Gajah' ni. Secara jujurnya untuk mengatasi fenomena filem Mat Kilau mungkin agak mustahil tapi filem Pendekar Awang ni ada kekuatannya sendiri terutama apabila kemunculan beberapa watak sri kandi wanita yang pandai berkuda dan memanah. 

Dari segi penghayatan watak pula memang tak dapat disangkal lagi kerana masing-masing berjaya menjiwai watak dengan baik. Gandingan Fattah Amin dan Fazura memang serasi. Pujian juga harus diberi kepada pelakon-pelakon muda terutama Nadhir Nasar yang membawa watak Tahir. Good job untuk semua pelakon.

Secara keseluruhannya bagi sis, Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah memang best. Menonton filem ini sedikit sebanyak dapat menyuntik sentimen sayangkan tanahair dalam diri. Terus rasa semangat kewanitaan dek kerana aksi yang ditonjolkan oleh sri kandi berkuda. 

Apa pun, jom korang ramai-ramai penuhkan panggung untuk menyaksikan Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah yang ditayangkan di pawagam bermula 11 Januari 2024.. Untuk info lanjut boleh rujuk @studiokembara

Rating :
🌟🌟🌟🌟
4.5 / 5
BINTANG



Post a Comment

0 Comments